Kelaziman pengangkutan Kerakah

Di dunia Barat

Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. (September 2019)

Di dunia Timur

Sejak sekitar 1515, Portugal telah menjalin hubungan perdagangan dengan Goa di India Portugis terutamanya dengan mengirim 3 sampai 4 kerakah berlayar dari Lisboa membawa perak untuk ditukarkan dengan kapas dan rempah-ratus di India. Dari kapal-kapal inilah hanya satu sahaja kap kerakah yang dibolehkan melanjutkan pelayarannya ke China (yang pada kala itu diperintah oleh Wangsa Ming) untuk membeli sutera yang juga ditukarkan dengan perak Portugis.

Sejak Makau dijadikan tempat jajahan Portugis pada 1557 dan diakui secara resmi sebagai rakan dagang oleh China, Kerajaan Portugal mulai berupaya meregulasi hubungan niaga dengan Jepun melalui lelang tahunan jabatan "Capitão" untuk pelayaran ke Jepun, yang memberikan hak-hak dagang istimewa bagi satu saja kerakah yang berlayar ke Jepun setiap tahun. Hubungan niaga dengan Jepun terus berlanjut dengan hanya sedikit jeda sampai dilarang pada 1638 atas dakwaan dari pihak Jepun bahwa kapal-kapal itu menyeludupkan paderi-paderi Kristian untuk memyebarkan ajaran mereka di sana lalu dianggap menyesatkan rakyat jelata Jepun.

Pada pertengahan abad ke-16, muncul kapal-kapal geliung perdana yang merupakan hasil pengembangan daripada pembinaam kerakah. Kapal rancangan baru ini kelak menjadikan kerakah kurang penting dari segi keutamaannya, meskipun kerakah masih tetap digunakan sampai selambat-lambatnya pada permulaan abad ke-17.